Jatuhnya Seorang Izrail

Milan, Italy

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan di daerah Milan itu. Kelihatan terdapat banyak kelibat manusia berpakaian hitam yang turut menghadiri upacara pengebumian yang sedang berjalan itu. Kaum keluarga si mati yang hadir masih lagi tidak dapat menghentikan tangisan mereka. Hujan yang turun pula bagaikan melambangkan perasaan mereka pada saat ini. Luruh. Mengenangkan si mati yang tiba-tiba sahaja terpaksa pergi menghadap Ilahi.

Dalam suasana pilu itu, kelihatan sebuah kereta berwarna hitam terparkir sedikit jauh dari kawasan pengebumian itu sedang berlaku. Seorang lelaki yang berada di dalam kereta itu hanya menayangkan senyuman sinis melihat situasi yang berlaku di hadapannya sekarang ini. Dia sangat sukakan situasi itu. Situasi di mana semua orang terpaksa menahan peritnya kesedihan akibat ditinggalkan orang yang tersayang. Situasi di mana semua orang merasa tidak berdaya dan lemah. Ya. Dia sangat sukakan itu.

Mata birunya menatap tajam wajah wajah yang sedang menahan kesedihan di situ. Dia tertawa kecil. Dashboard kereta dibuka. Sebatang rokok yang memang sudah tersedia di dalam itu diambil dan dinyalakan dengan senang hati. Seat kereta diturunkan lalu kakinya diletakkan di atas stereng kereta. Tingkap kereta pula dibuka sedikit bagi mengeluarkan kepulan asap rokok yang terhasil. Sambil-sambil itu, dia masih lagi asyik memerhatikan senario yang berlangsung di depan matanya itu dengan penuh minat.

Selang beberapa minit kemudian, kawasan perkuburan yang tadinya penuh itu beransur ansur lenggang sehingga akhirnya meninggalkan pemuda itu berseorangan di tapak perkuburan yang sunyi itu. Lelaki itu, Izrail, akhirnya membuka pintu keretanya lalu keluar dari kereta setelah hampir satu jam dia berada di situ. Matanya diliarkan ke sekeliling bagi mencari jika ada kelibat lain yang masih ada di kawasan tersebut.

Kosong.

Rokok yang masih menyala itu dijatuhkan ke tanah sembarangan lalu dipijak untuk mematikannya. Dia merapikan butang pada kot hitam yang dipakainya lalu mengeluarkan sekuntum mawar hitam dari poket bajunya itu. Dengan perlahan, dia menuju perlahan-lahan ke arah kubur masih merah itu. Bunyi tapak kasutnya yang bertemu dengan tanah menghasilkan satu bunyi yang nyaring yang dapat meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang mendengarnya. Gemaan tapak kasut itu kedengaran di setiap pelusuk tanah perkuburan itu, bagai menandakan kedatangan seorang Izrail. Dengan iringan setiap langkahnya, angin bertiup semakin kencang dan hujan yang pada mulanya renyai-renyai sahaja kini semakin ganas. Namun, semua itu masih tidak dapat menghentikan langkah kaki seorang Izrail ini. Titisan-titisan hujan yang jatuh ke mukanya juga dibiarkan tidak dilap.

Langkah kaki terhenti sebaik sahaja dia sampai di kubur tersebut. Nama yang terukir pada batu nisan itu dipandang lama. Kemudian, tanpa rasa bersalah, dia menendang batu nisan yang baru didirikan itu sekuat hatinya sehingga pecah. Izrail menayang senyum sinisnya. Puas dengan apa yang dia telah lakukan.

Poket baju diselak dan bunga mawar hitam yang elok terletak di situ diambil lalu diletakkan di atas kubur yang telah pecah itu. Dia kemudian menunduk untuk mencapai ranting kayu yang ada di situ. Kemudian, tangannya itu pantas mengukir perkataan di atas kubur itu. Setelah beberapa minit, ranting kayu itu dilepaskan dan Izrail bangkit kembali dari duduknya. Kubur itu diludah sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Meninggalkan si mati dengan lima kata yang terukir di tanah kuburnya.

See you in hell, motherfucker.

Madame Sofia's Bakery

Sofia memandang cemas ke arah pintu masuk bakery miliknya. Bola matanya sedari tadi berulang kali memandang pintu dan jam dinding yang terdapat di atas pintu itu. Tidak cukup itu, kaki dan tangannya digoyang-goyangkan sesekali. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tahu yang gadis itu sedang cemas. Ini termasuklah rakan gadis itu, Maria.

Tidak tahan lagi melihat Sofia yang ibarat cacing kepanasan itu, Maria akhirnya menghampiri rakannya yang sedang duduk di kaunter bayaran itu. Jari dipetik untuk menyedarkan rakannya itu.

"Apa?!" tanya Sofia dengan nada yang sedikit tinggi. Geram mungkin. Pandangannya kini beralih dari pintu untuk memandang Maria yang kini sedang bersandar di kaunter.

Maria mengangkat keningnya. "Eh, aku tak cakap apa lagi takkan dah kena marah pulak?"

Sofia menghela nafas. Tangannya naik untuk mengurut kepalanya yang mula berdenyut itu. "Sorry Maria, aku tak sengaja." Dia meminta maaf.

Maria menggelengkan kepala. Pelik dia dengan rakannya yang seorang ini. "Kau taknak tutup ke bakery ? Dah nak pukul 5 dah ni. Sepatutnya kan hari ni kita half day je sebab hari Jumaat?"

"Kejap lagi lah aku tutup. Aku nak tunggu dia ni. Harini dia belum datang lagi bakery ni. Aku risaulah." jelas Sofia.

"Kau menunggu siapa pulak ni? Ada orang order kek kata nak datang ambik ke?" Maria cuba mengingat semula kalau-kalau ada pelanggan yang telah membuat temu janji untuk mengambil kek pada hari ini kerana setahunya , mereka tidak pernah mengambil tempahan kek pada hari Jumaat kerana mereka hanya akan beroperasi separuh hari sahaja. Ada pun jika Sofia yang membenarkannya. Itu pun jarang kerana Sofia sangat menghormati hari Jumaat.

"Hah lagi satu. Ni kenapa tadi aku tengok dalam oven tu ada lagi satu batch Cinammon Roll dekat situ? Kau nak bawak balik makan ke?" Tiba-tiba dia teringat pula akan hal itu kerana dia baru melihat batch itu ketika mengemas dapur untuk penutupan operasi.

"Ohhhhh...... Emmmmm.... Itu orang punya. Aku tolong simpankan."

"Customer yang dah tempah tu ke?"

"Eh bukan-bukan. Itu bukan ada orang tempah. Itu aku yang nak buat sebab nak bagi orang beli." Sofia masih berbasi basa.

"Aik. Nak jual dekat orang tu patutnya kau letak la dekat depan tu dari tadi. Confirm mesti habis punya. Ni dah nak tutup siapa pulak yang nak beli?" tanya Maria lagi.

"Adalah orang tu. Kejap lagi dia datang lah." balas Sofia. Pintu dikerling sebentar bagi melihat sekiranya yang ditunggu telah tiba namun, kosong.

Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Cakap jelah wei. Kau tunggu siapa ni?" desak Maria. Dia sudah ingin pulang kerana badannya sudah melekit melayan pelanggan yang tidak putus hadir ke kedai itu.

Sofia kembali memandang Maria yang masih tertanya-tanya itu. "Alah, biasalah. Yang itu lah. Yang tuuuu. Siapa lagi yang aku nak tunggu."

"Yelah siapa tu siapa? Cakap tu biar jelas sikit boleh tak? Aku ni bukannya tukang tilik yang boleh tahu gitu je." bentak Maria, sedikit geram.

Sofia tersengih kecil. Faham sudah yang rakannya ini sudah panas hati. "Alah, aku tunggu lelaki tu lah. Si mata biru tu. Kan aku dah pernah cerita dekat kau pasal dia."

Dahi Maria berkerut. "Mata biru? Siapa pulak yang mata warna- Oh. Okay dah ingat." Maria sudah boleh membayangkan kelibat lelaki itu. Lelaki mata biru itu tampaknya sangat istimewa di hati rakannya itu.

Wajah Sofia yang sedang mengelamun itu dipandang. "Apasal kau pulak yang kena tunggu dia ni? Dia ada suruh simpankan ke untuk dia?"

Sofia yang dari tadi duduk kini bangkit lalu menuju ke dapur untuk mengambil loyang yang berisi Cinammon Roll itu ke bahagian depan. Dengan penuh berhati-hati, loyang itu diletakkan dan Sofia mula mengambil kotak untuk menyusun pencuci mulut itu. Soalan Maria dibiarkan tidak berjawab.


Comments